Segala puji bagi Allah S.W.T.  Selawat dan
                                    salam ke atas jujungan Rasulullah  S.A.W. 
                                    Alhamdulillah atas limpah dan kurnia Allah jua.  Saya ingin mengalu-alukan
                                    penerbitan Laman Web SK. Taman Tawau ini.  Laman ini telah diusahakan atas bantuan
                                    oleh guru-guru yang berpengalaman dalam melaksanakannya.
                                     
                                    Usaha untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
                                    dari segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekiranya murid-murid di sekolah ini
                                    dapat mengembangkan potensi dalam Kurikulum dan Kokurikulum.  Alhamdulillah sekolah
                                    ini telah mendapat kejayaan dari segi kurikulum dan Kokurikulum.  Keputusan UPSR
                                    telah meningkat selama 5 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 1999 – 2004. Kelas Pemulihan Khas SK. Taman Tawau juga pernah
                                    menjadi contoh bagi Negeri Sabah.
                                     
                                    Justeru melalui Pendokumentasian ini diharap dapat membantu warga pendidik dalam usaha
                                    mendidik murid-murid ke arah kecemerlangan dari segi akademik.  InsyaAllah, semoga
                                    usaha murni ini tercapai maka tercapailah  hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
                                    bagi merealisasikan semua pelajar ke arah “ZERO DEFECT”.
                                     
                                    Sekian.
                                     
                                    FATIMAH MAKHDIROL 
                                    Guru Besar